Segalanya bermula
Macam biasa, memang saya kipas susah mati RC, teruja bak hang la bila sampai disini sampai lupa anak bini (heheheh). Masa tu, musim drone masih panas-panas lagi paling top DJI Phantom sampai sekarang (2018) DJI masih popular dengan gajet-gajet yang baru dan menarik.
DJI Phantom 4
Ok !! berbalik pada cerita dalam kedai RC, semestinya banyak drone dari tahap beginner sampai profesional, saya pandang muka isteri, saya terangkan pasal drone yang saya minat dan dia hanya tersenyum simpul. Lian sheng 127, menjadi tarikan mata isteri saya, drone ini hanya mempunyai 'simple basic drone' iaitu mempunyai kamera 2MP (bole la dari xde aerial view langsung) !! ya ini lah drone pertama saya hadiah dari isteri !! yeaaa !! dengan berbekalkan dengan modal yang ada apalagi terus sambar
drone pertama dengan harga RM200
balik rumah terus unboxing bersama isteri tercinta, teruja sangat masa ni, ambil bateri AA yang ada terus disumbatkan pada remote nya masuk bateri lipo pada drone dan terus fly dalam rumah (hahah aku memang giler) tanpa baca manual drone ini (aku memang da pro RC dari jenis yang 2ch hingga ke 4ch jadi tidak perlu risau). Drone ini amatlah stabil seriously !!tanpa lock, tempoh bermain 5 minit hingga 8 minit walau bateri lipo telah di caj sepenuhnya, amat mengecewakan (dulu fly RC plane glider pon ley dapat 15minit). Keesokan harinya, saya cuba menerbangkan drone ini di luar rumah, kestabilannya amat bagus cuma bila angin yang kuat drone akan melayang, disitulah salah satu kekurangan drone ini. Bab kamera, drone ini di datangkan dengan kad memori 2GB (kad memori biasa je) video dan kamera ok lah untuk yang baru nak menjinakkan diri macam saya ni.
first fly
first aerial view video
fun to fly, first aerial video ini di buat betul-betul di kawasan perumahan Sek16 Bandar Baru Bangi, tanpa memikirkan bahaya (hehehe) ketinggian dalam 50 meter ~ 80 meter. Banyak video aerial telah diambil dan telah diedit menggunakan apps androvid. Video tersebut terus di upload ke Youtube yeahhh !! kita sharing apa yang kita minat.
Bab bateri, memang saya standby 3 biji bagi mendapatkan kepuasan termaksima (hahah)
sebijik RM25 di Jalan Raja Laut
spesifikasi bateri hanya basic sahaja, 2s 7.4v 850mah (memang ler 8 minit fly) total 3 bijik bateri 24 minit fly, tapi perlu lah rehat kan drone 5 minit setiap penukaran bateri. saya buat begini kerana untuk dapatkan prestasi fly yang terbaik, tidak kira apa jua jenis RC, tiap gajet ini macam manusia juga, perlu direhatkan sebentar, jika tidak prestasi out (ikut pengalaman dulu-dulu).
Ok, sampai disini sahaja yee...nanti upcoming saya akan kemaskini dunia RC saya !! kita layan video dibawah ini, hasil tangkapan dari Syma X8G( drone ke 2 heheh)
No comments:
Post a Comment