Perlukah aku mencari drone yang lebih baik dari LS127 sebelum ini?, tiap hari mencari dan meng 'google' gajet yang lebih hebat dan di bawah bajet RM400, yang penting spesifikasi kamera terbaik itu lah matlamat saya. Hari demi hari mencari, pada bulan oktober 2016 setelah setahun layan LS127, akhirnya terpikat pada drone Syma.
Rupa paras drone ini seakan DJI Phantom 3, DJI memang jadi idaman, tapi dapat Syma pun sudah menjadi pilihan yang terbaik. Syma mengeluarkan pelbagai jenis drone dari yang kecil sekecil tapak tangan sehingga sebesar saiz rasmi DJI Phantom 3. Antara drone yang popular adalah Syma X5C, X5W, X8C, X8W, X8G, X8HG dan X8 PRO. Syma X8G menjadi pilihan terbaik saya kerana spesifikasi kamera yang baik 1080p atau 720p 5mp. Harga drone dalam bajet saya, pada masa ini rc dreamz menawarkan harga yang murah RM380 sahaja!! (harga promo), ingin mencari barang RC? saya cadangkan pergilah ke kedai ini.
cantik bukan Syma X8G ini? dengan kameranya ala GoPro, Sjcam, seangkatan dengannya. spesifikasi drone sperti dibawah :-
Flight time : 7min
Camera : HD 5MP 1080p/720p 30fps
Battery Type : 2000mAh LiPo
Range : 100 meters
Transmitter Frequency : 2.4 GHz
Dilengkapi dengan 6 axis gyro yang membuatkan drone ini begitu stabil walau diterbangkan samada indoor atau outdoor, mudah dikawal. ia juga dilengkapi dengan sistem headless mode iaitu kita tidak perlu tahu dimana depan atau belakang drone semasa bermain, hanya pilot perlu tahu kemana arah tuju drone yang dikehendakinya. Korang berminat aksi akrobatik? ya, drone ini dapat memenuhi permintaan anda. Pada alat kawalannya mempunyai butang yang boleh membuat aksi ini, hanya tekan dan drone akan mudah membuat aksi 360 darjah berputar mengikut kehendak korang. Seronok membawa drone ini ke taman dan membuat aksi akrobatik, korang pasti teruja, saya lagilah hehehe.
Drone ini juga dilengkapi dengan blade protector dan spare blade (kipas) jadi kalau terhempas tidak perlu risau ya!! bermain kalau tidak terhempas bukan bermain namanya, biasa saja.
lampu indicator dibahagian bawah juga amat lah terang, sesuai bermain pada waktu malam. yehhh..... sample video yang telah saya edit menggunakan apps viva video
Kesimpulannya, dari segi kelebihan, kameranya saya berpuashati, kualiti material drone tahan lasak, terbang sehingga 100meter (korang perlu ada sistem 5.8ghz kamera tambahan - entri ini saya akan ceritakan nanti), lampu indicator yang amat terang, headless mode, akro mode.
Dari segi keburukan, bateri tidak tahan lama 7 hingga 8 minit bermain (korang perlu membawa bateri tambahan untuk kepuasan maksima), tiada GPS mode, tiada barometer, tiada altitude hold, tiada FPV(first person view)
Syma bateri 2s lipo 7.4v 2000mah
Bila berkata tentang bateri, korang tentu bosan menunggu bateri ini dicaj, sekurang-kurangnya 2jam barulah penuh, bayangkan ada 3 biji bateri, saya mempunyai 3biji bateri bayangkan perlu tunggu 6jam ??? gila jadinya.
haahahah, dengan kesabaran yang tidak tertanggung, terus beli fast charger dari jenama imax b6, korang boleh jimat masa, tiap bateri hanya mengambil masa 1jam saja. Pengecaj ini hanya RM110, tidak perlu fikir panjang, ini berbaloi dengan duit yang dilaburkan. Saya kongsikan masalah pengecaj ini hanyalah penyambung soket tidak sama dengan soket bateri Syma(banana type), korang perlu ubahsuai sedikit, ada alat solder(pemateri) ? ada soket banana plug ? boleh ubahsuaikan penyambung tersebut.
Banana plug
mudah saja pengubahsuaian ini, 10minit selesai. Semasa memateri jangan pula tersalah terminal positif(merah) dan negatif(hitam), kalau salah buat tanggung sendiri.
ok sampai sini sahaja entri saya, saya akan ceritakan lagi lebih terperinci
entri seterusnya 5.8ghz camera dan MJX Bugs 2 😉